Rabu, 19 Julai 2017

BERSENAM BERSAMA MILO 2017

Assalamualaikum...
19 Julai 2017 , Kuala Ketil : Sk Seri Inas telah mendapat kunjungan daripada pihak MILO Bukit Mertajam. Program hari ini adalah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak MILO. 
Terima kasih diucapkan dari sekolah kerana kunjungan pihak MILO untuk mengadakan program "BERSENAM BERSAMA MILO"







MAJLIS KOKURIKULUM SPI/KAFA (15.7.2017)

Assalamualaikum...
Adik Muhammad Adham Bin Mohd Asri dari SK Seri Inas telah menjadi johan Peringkat Zon II tahun 2017. Adik Muhammad Adham akan mewakili daerah ke peringkat negeri di SMK Layar pada 5 Ogos 2017.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan daripada guru-guru dan staf SK Seri Inas


Rabu, 12 Julai 2017

AKTIVITI MENYANTUN BUDI (SEMPENA HARI RAYA) 9 JULAI 2017




PENYERAHAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 100 (2017) SIRI KE 2

Assalamualaikum....
13 JULAI 2017 , Kuala Ketil : SK Seri Inas telah membuat bayaran RM 100 kepada ibu bapa dan waris tahun 4, 5 6 dan PPKI. Pembayaran ini dibuat hanya kepada mereka yang masih belum mendapat wang bantuan pada siri 1 lalu. Di harap dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban kewangan dalam membeli peralatan persekolahan anak-anak.




MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 201 PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum...
5 JULAI 2017, Kuala Ketil : SK Seri Inas telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya bersama staf dan murid-murid. Turut diundang Guru Besar disekitar kawasan sekolah, JKKK, Ketua Balai Polis Malau dan AJK PIBG sekolah. Tahniah dan syabas di atas penganjurannya.





Ahad, 2 Julai 2017

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA RAMADAN

 Assalamualaikum...
22 JUN 2017, Kuala Ketil: SK Seri Inas telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru-guru, staf dan murid-murid yang telaha menjayakan majlis ini.

SALAM AIDILFITRI
Daripada
WARGA SK SERI INAS