Rabu, 24 Mei 2017

MAJLIS DOA SELAMAT DAN MENYAMBUT RAMADHAN BERSAMA WARIS 2017

Assalamualaikum...
23 Mei 2017, Kuala Ketil : PPKI SK Seri Inas telah menganjurkan program doa selamat dan menyambut puasa bersama waris. Diharapkan agar program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara waris dan guru-guru PPKI.
Syabas dan tahniah diucapkan...



Khamis, 18 Mei 2017

PROGRAM ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2017

Assalamualaikum...
18 Mei 2017 , Kuala Ketil : SK Seri Inas telah mengadakan program Israk Mikraj peringkat sekolah tahun 2017. Pengertian Israk adalah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjid Aqsa naik ke langit. Pêristiwa ini berlaku pada 27 Rejab.

Menyedari hakikat inilah, maka program ini dilakasanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut dan bukti kekuasaan Allah S.W.T supaya dapat meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T.




PROGRAM PEMUAFAKATAN PIBK SEMPENA HARI GURU 2017

Assalamualaikum...
17 Mei 2017 , Kuala Ketil : PIBK SK Seri Inas telah menganjurkan program Pemuafakatan antara ibu bapa (waris) dan guru. Tujuan program adalah untuk membina hubungan silaturrahim antara ibu bapa ( waris ), guru-guru dan kakitangan sekolah.

Antara program yang dịalankan adalah
● Perlawanan bola sepak 9 sebelah
● Perlawanan bola jaring

Diharapkan agar program ini dapat dianjurkan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa, guru-guru dan kakitangan sekolah.





MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2017 PERINGKAT SEKOLAH

16 Mei 2017, Kuala Ketil: Sk Seri Inas telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dịalankan bagi memeriahkan lagi mạlis pada hari tersebut. Sambutan Hari Guru turut dijayakan bersama PIBG sekolah. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru-guru, staf serta PIBG yang menjayakan majlis ini.





Jumaat, 12 Mei 2017

KEM SKORA A 2017

11 - 12 MEI 2017 , Baling: SK Seri Inas melalui unit peningkatan UPSR telah menganjurkan KEM SKOR A 2017 bertempat di Pusat Rakan Muda Baling. Program ini di hadiri oleh semua murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ini. Program ini turut dijayakan oleh guru-guru dan staf SK Seri Inas terutamanya guru tahun 6. 

Terima kasih tidak terhingga kepada pentadbir, guru-guru dan staf yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Jasa yang di berikan tidak terbalas dengan wang ringgit. Semoga Allah membalasnya "di sana".

6 A BOLEH!!! 6A BOLEH!! 6A BOLEH!!!




Selasa, 9 Mei 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR ( JAN - JUN ) PPKI SESI 1/2017

Kuala Ketil: 9 MEI 2017, PPKI SK Seri Inas telah menaganjurkan majlis sambutan hari lahir bagi bulan Januari hingga Jun sesi 1/2017. Majlis turut dihadiri oleh Guru Besar serta guru-guru PPKI. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini. 

Tahniah dan sayabs kepada PPKI kerana dapat menganjurkan majlis yang meriah ini.




PEMANTAUAN FIZIKAL KELAS ABAD 21 OLEH PPD BALING SIK


Assalamualaikum...
SK Seri Inas: 9 Mei 2017, Pegawai PPD telah datang melawat ke sekolah bagi memantau fizikal kelas abad 21. Syabas dan tahniah kepada kelas-kelas yang tidak jemu menghias dan menjadikan kelas masing-masing sebagai kelas abad 21. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua guru SK Seri Inas.

SKSI BOLEH!!! 




Ahad, 7 Mei 2017

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 DAN PENDIDIKAN KHAS


Kuala Ketil : 5 Mei 2017, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid tahap 1 dan Pendidikan Khas. Kem bestari solat ini diadakan di Surau SK Seri Inas yang di hadiri oleh semua murid - murid tahun 1, 2, 3 dan pendidikan khas. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ustaz dan ustazah serta murid-murid yang menjayakan program ini.



KARNIVAL BAHASA MELAYU ZON KUALA PEGANG



Baling : 3 Mei 2017, SK Seri Inas menerusi panitia Bahasa Melayu telah menyertai Karnival Bahasa Melayu bertempat di SK Tiak. Murid yang mewakili sekolah telah mengharumkan nama sekolah di peringkat zon Kuala Pegang. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada : 

Nur Saidatul Hidayah Binti Abd Jabar 
Johan Pidato

Puteriku Khaleeda Binti Syamsul Ikmal 
Naib Johan Bercerita Tahap 2